Friday, July 20, 2012

cahaya bisikan hati



Batuk. belum juga menjumpai penawar yang benar-benar mantap. biarkan mungkin ada eloknya, tapi setiap kali terbatuk pasti ada lendir-lendir hijau yang degil malah ada juga yang berlumba-lumba ingin keluar  dari hidung mahupun mulut menghirup udara kotor di longkang. 

Jumaat sudah kembali bertandang. maka berkumandanglah dua khutbah di masjid-masjid berdekatan. menapak sahaja kaki ke rumah suci tersebut pasti warna-warni yang menjadi santapan mata. kalau boleh dipilih dan dibawa berlari mahu sahaja aku memilih insan yang memiliki warna baju yang indah sekaligus pemilik wajah redup menenangkan yang bibirnya sentiasa dibasahi zikir memuji Tuhan. 

Dia dapat membaca gerak bibir, malah sifat dan niat di hati. kalau ditanya pada budak higusan sekalipun pasti mereka mengatakan ia suatu kejaiban. mungkin juga magik. berbalik kepada alam semuanya takdir ALLAH..rahsianya masih banyak yang belum tersingkap oleh mata kasar manusia biasa.

7.31 Azan maghrib berkumandang. alhamdulillah, setapak berada di bulan ramdhan memberi seribu kelebihan bagi aku. mungkin waktu dan saat yang sesuai untuk transformasi dari 0-1 dan mungkin juga lebih baik dari itu. semoga sahaja. doakan terbaik buat aku. insya ALLAH, gelaran muslimah solehah yang ku kejar untuk mengetuk pintu syorga.

setiap perubahan pasti ada dugaannya. aku juga begitu. berlari kemana pun, walau aku menukar kulit sekalipun, dugaan berbentuk seorang adam pasti ada. namun berlainan. berdoa sahaja agar ALLAH tetapkan hatiku. bahkan menyediakan imam yang terbaik buat aku.

Tarawikh. alhamdulillah, cahaya keterangan jelas kelihatan. barisan para makmum di surau mengukirkan senyuman buat aku. syukur sahaja pada ALLAH, kerana masih membenarkan dan meminjamkan aku jasad malah ruh untuk aku berbakti serta memohon keampunan diatas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.
sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun. 

3 comments:

  1. Salam Ramadhan Al-Mubarrak.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga beroleh rahmat, maghfirah dan barokah.. Aminnn.. :)

    ReplyDelete
  2. semut merah : salam radadhan jugak

    Khairul Ongon : Salam ramadhan juak..semoga mendapat barakah yang melimpah ruah...amin

    ReplyDelete