Wednesday, July 18, 2012

teh . kopi. 2 hati



Hari ini teh menjadi pilihan untuk melewati dan melegakan tekak yang terasa pahit. sakit untuk ditelan. kepanasan pada rongga tekak kian terasa. semalam ubat batuk cap ibu dan anak menjadi penawar. namun kesakitan masih jua mengambil alih. aku koyak hujung bungkusan plastik biskut munchys. enak. walau payau, ku telah jua sebagai alas perut untuk menampung porsedon-porsedon tenaga yang diperlukan oleh otak yang ligat berfikir sepanjang kuliah hari ini. mungkin juga kuliah hari ini tidak memerlukan penggunaan akal yang mampan, kerana aku kadang-kadang hilang dari jasad dan terbang bersama angan-angan. 

Pagi ini, hujan memandikan bumi yang semenjak ini kehausan. jika sahaja  mata aku diciptakan berstestoskop boleh sahaja aku melihat betapa terujanya kuman-kuman kecil bersorakan dengan hadiran hujan. mungkin juga jika aku mempunyai deria ke enam, pasti dapat ku lihat betapa makhluk-makhluk tidak berjasad berkeliaran bermandi hujan. walaubagaimanapun kesejukan pagi ini tidak mungkin menyegarkan ligat otak aku berputar dalam menelusuri kehidupan yang penuh dengan tompok-tompok kotor. 

seperti hari-hari sebelumnya, aku masih lagi mencuba dan terus mencuba untuk berlari dan memutuskan belitan dawai pada jiwa sekaligus menerjah tembok hitam dalam diri. namun belum jua berhasil. payah.sakit. kuat. sukar. jeritan ini belum tentu ada yang mampu mendengar. sekali lagi aku juga yang tersepit antara dua jiwa manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri. akhirnya aku juga yang terpuruk disitu. dalam bilik gelap milik jiwa yang bersalah penuh noda hitam. walau aku nampak satu lubang kecil bercahaya putih, namun mana mungkin aku bisa melobangkannya menjadi satu lobang besar untuk aku bisa meloloskan diri. kekuatan itu sudah hilang direntap ketamakan dunia. sayup-sayup juga aku terdengar bisikan dan alunan zanji-zanji tapi mana pergi kekuatan aku yang bercampur dengan bisikan halusinasi taghut. subhanallah. kalau bisa aku berlari dan melarikan diri tanpa perlu memikirkan tentang dunia, mahu sahaja aku menggantikan diri dengan nyawa untuk menggapai cinta Ilahi. 

2 comments: