Thursday, August 2, 2012

hati kau bawa lah pergi luka


Berputiknya rasa sayang..bagaimana? lumrah alam kah itu? kadang-kadang perasaan yang dipermainkan sedikit demi sedikit menambahkan lagi luka yang dalam di hati aku. hahahaha indahkan terluka..bila sang kumbang datang menghisap madu..owh ya bukan menghisap madu tapi membawa belati tajam menebak jantungku sekaligus mencabutnya..dalam..sakitkan?? bunga kan sifatnya lembut, sifatnya cantik..tapi kumbang suka mengambil kesempatan.menghancurkan...

kacau.kacau sekali hidup aku, fikiran minda putarannya seperti kipas yang berputar ligat disyiling bilik. mahu sahaja aku patah-patahkan biar tidak dapat berputar ligat lagi.itu kipas.kalau otak aku mahu bagaimana? ada idea? utarakan sahaja. mungkin berhasil....

arghhh terbantut untuk aku meneruskan penulisan ini..ada baiknya aku menersukan penulisan pada penyiapan ujian bagi peperiksaan pertengahan tahun pelajar-pelajar aku..

No comments:

Post a Comment