Monday, March 19, 2012

ROTAN 80-an VS alaf 21

Selamat bertugas semua!!!!
ya aku tahu hari ini hari pertama semula korang bekerja..(bagi yang dah ada tanggungjawab)
bagi yang masih bersekolah dah semestinya melanguk kat bus stop nak tunggu bas sampai
sambil-sambil tu..ape kate berlari ke dapur
selongkar almari dan keluarkan seuncang TEH/KOPI
panaskan air dan sediakan secawan kopi mesti sedapkan
hehehehe sruppppppp urmhhh sedapnyerrr


 

okeyh!! kat atas tu tajuknya bagi aku amat menarik untuk aku kupas isinya
kalau setakat kat dalam blog ni jangan sampai di bawa ke media massa pulak
ini masalah untuk masa depan anak-anak kita (even aku x ada anak lagi kecuali anak tekak )
yang semakin hari kurang NILAI, DISIPLIN, SOPAN SANTUN, dan terlalu banyak masalah
pernah tak kita terfikir untuk membuat perbandingan perilaku kita sekarang
permasalahan kita sekarang dengan anak-anak kita?
bagaimana guru kita dahulu mengajar dan mendidik kita dahulu dan bagaimana guru-guru mendidik dan mengajar anak-anak kita sekarang?
mesti pernah kan?
pernah tak kita terfikir kenapa remaja dan anak-anak kita sekarang terutamanya dari golongan bangsa kita *Melayu* terlalu bebas, terlalu rosak dan terlalu kurang didikan dan asuhan yang sehingga menyebabkan mereka berlebihan meringkuk dibawah jambatan, pusat serenti, terlantar di hospital, terbujur di tengah jalan dan juga di lorong-lorong sempit serta banyak lagi permasalahan yang dari masa ke semasa pelbagai dendangan yang kita dengar keluar dari peti suara media massa....

****
sedihkan kita melihat situasi ini.....

**** 
cuba kita balik ke zaman mak bapa kita...zaman 70-an sehingga zaman 90-an
zaman " PANDANG KE TIMUR"
permasalahan yang dilakukan oleh golongan remaja serta anak-anak terlalu kurang
rungutan dari ibu-bapa terhadap guru terlalu kurang sehingga sukar untuk kita dengar
salah satu sebab utamanya adalah penguatkuasaan dan penggunaan ROTAN pada masa tersebut tidak sekalipun di larang malahan saman menyaman ibu bapa terhadap ibu bapa terhadap guru jarang kita dengar
di sebabkan rotanlah pelajar suatu waktu dahulu berjaya menjadi insan
berbanding pelajar-pelajar sekarang ataupun anak-anak sekarang terlalu sukar menjadi seorang manusia
dek kerana terlalu manja dan di lindungi sehinggakan mereka tidak pernah takut untuk melakukan sebarang kesalahan 

......

tu sebab orang dulu-dulu ni terlalu sayangkan guru-guru berbanding sekarang
kalau boleh mak bapa orang dulu-dulu kalau nampak lebam kat badan anak-anak kene rotan mesti dia akan tanya
ni kenapa ni? cikgu pukul ye? haaaa meh sini ayah pukul lagi....biar padan muka..sape suruh malas dan bla..blaa.blaaa
mesti korang pernah rasakan benda2 ni semua
EVEN aku sendiri pun selalu kene sebab terlalu nakal..hehehe sampaikan rotan tu menjadi rutin
tu sebab sekarang aku jadi manusia

.....
 tapi sekarang zaman semakin berubah
guru jentik sikit
JUMPA AWAK DI MAHKAMAH
guru tegur sikit
GURU TAK PANDAI NAK AJAR
dan bla bla bla bla
lagi-lagi lah pihak WARTAWAN yang tak tahu sembunyikan kemaluan
mula lah nak membuat onar
mencari kesalahan sana-sini
aku betul-betul kecewa dengan golongan-golongan sebegini
tapi aku tahu cabaran saban hari semakin mencabar
lebih-lebih lagi dunia di akhir zaman
dimana golongan guru semakin di tindas
sedangkan mereka adalah golongan ketiga yang harus diikuti ajarannya sekiranya benar

.........

" TEH "

" aduhhhh harini terlalu penat aku rasa..mana taknya semalam tidur lewat..pagi ni kene bangun awal nak ke sekolah..mak ai..nasib baik first day GB x bagi tugas..heheh ethanks GB apepun SK DESA BAIDURI memang sempoi..."


No comments:

Post a Comment