Tuesday, January 31, 2012

BUNYI ANEH DI KOTA SAMARAHAN TERJAWAB

KERAJAAN SAHKAN BUNYI ANEH DARI LANGIT ADALAH DARI MESIN KILANG SAWIT

Bunyi Aneh Dari Langit Hasil Aktiviti Kilang Sawit

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.

“Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi ‘Ngauman Langit’ itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh  kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.

Ye ke?? aku cam pelik sikit.. betul ke? x ke? sebabnya sebelum berlaku di MALAYSIA (kota samarahan) bunyi ni pernah berlaku di negara barat dan china..so kat sane mana ade kilang kelapa sawit..so bunyi ni dari kilang kelapa sawit jugak ke di sane? haishhhh macam-macam propaganda lah manusia nih...PROPA tu..propa ni...aleh-aleh rakyat yang trantangtang hilang punca hilang sumber...APEPUN...to all buddy, siste, father, mother and semualah...persiapkanlah diri...KIAMAT semakin hampir dan pasti...dan jangan pula nak percaya tahun 2012...Rosak akidah nanti..tu lagi satu propaganda....bagaimanapun...dekatkanlah lagi diri dengan ALLAH..(untuk aku jugak)...fikir-fikirkanlah..jangan dengar dari sebelah pihak sahaja...nanti lain pulak informasinya..kita dengar dari pelbagai pihak..dan buat konklusi sendiri...dengan betul...

SELAMAT BERCUTI dan BERHARI WILAYAH.

2 comments:

  1. hoho..macam tu eh..tak pe lah.bolehla nak buat sedap hati kan. hehe

    ReplyDelete
  2. NJ: hahaha sedapkan hati tu boleh..tapi fikir2kanlah..kadang2 di fikir takut jugak..BUMI dah semakin tua kan..

    ReplyDelete