Sunday, September 30, 2012

Hari 27 tetap sama



hari ni, tepat 27 hari kejadian itu berlaku. namun si dia masih tidak percaya semua yang terjadi adalah datang daripada dirinya. ego.
tepat jam 9 malam.."dia" dtg lagi.. tapi kali ini, semakin awal. semuanya disebabkan kejadian petang tadi. dan telinga aku ku rasakan semakin perit di sebelah kiri dengan bacaan RUQYAH..namun ku kuatkan diri.lawan..si kakak, semakin teruk. masih awal lagi ku rasakan, tapi sudah terdengar jeritan wanita di luar bilik bersetentangan dengan biliknya. urmhhhhh apa harus aku lakukan. satu nampak kuat, dengan memberikan senyuman dan kata-kata semangat. itu baru untuk mengasah enjin. ditambah lagi dengan bunyi di dinding, bumbung, dan bawah rumah...ya ALLAH...semakin lemah ku perhatikan.. mahu sahaja aku peluk dan biarkan dia rasa selamat. namun apa kekuatan ku, si kakak beradda jauh di seberang lautan..hanya interenet menjadi penyambung.. mata di pejam.pening, penat sesak nafas..penat..TUMMMMMMMMMMMM bilik bergegar lagi..kali ni makin kuat..ya ALLAH kau selamatkan lah si kakak. mata masih terpejam..aku melihat pun ingin mengalirkan air mata.tapi aku hanya mampu menangis di dalam hati..tak mahu nampak lemah di matanya. biar aku kuat sentiasa kuat, untuk menyelesaikan masalah yang diutuskan ALLAH ini.....selang bebera minit, sentakan kuat dikaki mengejutkan si kakak..aku yang memerhati terpana seketika. jantung berdegup dengan kencang.. apa semua ini? apa yang ALLAH ingin tunjukkan kepada kami? kuatkanlah keimanan kami...setiap hari,masa, detik, malam, tidur, makan ,mandi sering kali bermain dengan situasi ini.. lantunan RUQYAH menjadi makanan setiap hari..siang menjelma menjadi gembira dan seronok bagi kami..rasa bebas..tapi sebaik malam menjelma..ketakutan mengantui diri....kini masih lagi dalam proses mencari hamba ALLAH yang mampu menyelesaikan masalah ini. yang kuat, dan sanggup membantu...

Waktu kemuncak mesti semua tahu..jam 3 pagi...si kakak terjaga..pelbagai irama menyeramkan di sajikan si makhluk untuk menakutkan dan menggugahkan imannya.. subhanallah..bunyi korekan di tanah, bunyi ketukan di dinding, berjalan di luar.

No comments:

Post a Comment