Friday, July 6, 2012

rerama

lagi. gadis bertudung bawal, masih lagi mempunyai hidung mancung, terletak rapi diantara dua bebola matanya yang bundar. mana mungkin hidung itu bisa beralih arah dan menggantikan mulut ataupun telinga, tetapi mustahil jika dia dilahirkan sebagai cacat yang paling unik di cakerabumi.

lahirnya gadis itu yang lebih senang aku kenalkan sebagai rerama. biru-ungu-kuning-hitam menjadi calitan memori dalam kamar hidupnya. di dalam sebuah rumah yang dibina dari atap zink, menjadi tempat persembunyian tetikus tua, disitulah rerama itu dilahirkan-dibesarkan-tidur-mandi-makan sehinggalah ia menjadi seorang rerama yang cantik persis Julia Vergoza.

sebaik sahaja menginjak zaman kematangan remaja, sana sini kelekatu mewah menggenggam pelbagai jenis alat-alat canggih. yang jauh boleh dirapatkan, bercakap tanpa melihat facelitas wajah. menunggang sejenis kotak besi pelbagai corak-bentuk-warna dan banyak roda hitam pekat. saat peralihan arah metrofulus menjadi daerah yang maju, rerama itu mendapat satu khabar buruk dari bomoh berjubah putih yang memegang sebatang jarum besar berisi cecair pekat. tiada satu mahupun dua harapan yang rerama bisa menyangkal, bahkan khabar dari  tujuh petala langit itu telah merobek keras sayapnya yang megah terbang di udara suatu waktu dahulu.

kini berdua tahun sudah rerama redha menerima khabar dari tujuh petala langit itu, satu persatu perdua pertiga kecantikan serta kekuatan rerama rosak satu persatu. melihat sayapnya yang robek seperti melihat soldadu anai membaham kekisi pintu. tiada lagi tarian inang yang rerama bawakan di taman labuna. mana ada lagi siulan rerama bersama peniup serunai si belalang tua. rerama sering bersendiri, menyepi disebalik celahan daun-daun matang menanti tua dan jatuh mengikut graviti bumi mencium permukaan paling bawah lantai bumi. sudah pelbagai speisis madu telah rerama telan. namun tiada juga perubahan dari tujuh petala langit untuk menarik kembali perkhabaran aneh tersebut. rerama itu ku lihat semakin lemah, malah juga semakin hampa. perkhabaran dari tujuh petala langit tidak sesekali menarik amanah tersebut. tidak sayangkah dia kepada rerama yang dulunya cantik? tidak inginkah lagi dia melihat rerama menari di labuna? mengapa dia memberi perkhabaran tersebut? mana mungkin tubuh rerama yang semunggil itu bisa menerima amanah tersebut. hampir juga ku lihat rerama itu terjun ke lurah yang dalam dengan sayap yang robek. tapi setiap kali itu juga rerama masih bernafas.

sudah banyak rerama terima dari ejekan lelubah yang terbang mencari madusitas. sebanyak itu jugalah rerama bersembunyi di dalam lubang sebatang pokok bersembunyi menyeka lelehan butiran air matanya.

rerama itu yang aku kenal. perdua tahun perkenalan, selama itu juga rintihannya berkumandang di halwa telingaku. ya mana mungkin rerama itu mampu terbang lagi, melainkan kerosakan sayapnya dijahit kembali bersama daun hijau yang bersemangat tinggi.

[ kalian umpama matahari yang mengintai damai ]
"  khas buat pesakit lupus-simbol rama tak kan pernah pudar dalam kamus hidup kalian
melainkan kesabaran dan keredhaan menjamin syurga di sana "

No comments:

Post a Comment