Tuesday, January 31, 2012

HIKMAH BERSUJUD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
assalamualaikum..dan selamat malam
tadi entri yang sangat pansss seperti panasnya cuaca di petang tadi
by the way forget about that duit elaun..
now aku nak cakap pasal FADHILAT SUJUD
tadi seronok dengar lecturer aku cakap pasal kebaikan sujud nih
katanya sujud ni baik untuk kesihatan dan pemikiran
dan lagi satu masa kita sujud  tu darah mengalir ke semua bahagian-bahagian yang sukar dicapai oleh darah semasa kita berdiri
in simple word darah mengalir dengan mudah pada bahagian yang sukar dicapai pada waktu kita sujud
best kan jadi orang islam nih...
by the way tu pandangan dan pendapat daripada lecturer aku dari segi saintifik...
ada betulnya...sebab setiap isi AL QURAN kalau di kaji setiap kehidupan seharian orang islam ni sangat menguntungkan daripada merugikan.
.


sekarang aku nak bawah pulak  RAHSIA dan HIKMAH SUJUD
ni berdasarkan research aku dari beberapa blog yang ada..
renung-renungkan lah ye..
ISLAM ITU MUDAH DAN MENYENANGKAN PENGANUTNYA

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika solat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama lain mengatakan sujud boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh memberikan kesan baik seperti berikut ;
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia. (burut)
  4. Mengurangkan sakit ketika senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelvis.
  9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika anda sujud dan bangun daripada sujud.
  11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  13. Mengurangkan kegemukan.
  14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  15. Organ penting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
  17. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
  18. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migran, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
  19. Menurut kajian pula, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

No comments:

Post a Comment